Tuesday 13 December 2011

.: Jalan-jalan ke Rumah Salji: i-CT :.

Photobucket

Salam dan selamat semua.... Fuuhhh.... penat-penat.... Penat sebab ape? Penat sebab tiap2 minggu ade job wedding. Hehehe... Tapi bukan job aku, job daripada MoM (Ministry of Moment) yang diketuai oleh bos MoM iaitu saudara Shafiq Aqmal. Bercakap pasal penat tu memanglah penat, tapi apa yang penting, aku dapat timba ilmu dan pengalaman dengan barisan photographer yang lebih otai seperti MoM. Seperti yang junjungan nabi kita berpesan: Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China


Ade member cakap kat aku gambar aku dah ok. Tapi pada aku bukan setakat ok je yang aku nak, tapi lebih dari ok. Bukan saje gambar yang aku perlu belajar, banyak lagi perkara yang harus dan wajib aku pelajar. Salah satunya ialah PR, cara nak manage, proses gambar dan banyak lagi. Sebelum ni aku ikut langgar je tanpa membuat sesuatu tu dengan lebih proper.


Ok, taknak lagi cakap pasal job, kali ni aku nak cerita pasal family pulak... hehehe... Baru-baru ni... xlah baru sangat, dalam bulan lepas la agaknye... aku bawak family aku jenjalan. Yela, aku ni asyik bz je memanjang, sampai xde banyak masa dengan family. Kali ni kami sekeluarga gi oversea... huhuhu... Oversea la sangat.... Tu, kat belakang rumah je... i-ct..

Photobucket

Yelah kan, member opis asyik cerita best sangat masuk rumah snow kt i-ct, terasa la juga nak kesana bawak anak dengan bini. Lagipun rumah dah dekat sangat. Mula2 tu, sebelum kesana, kakak asyik tanya. "kita nak gi mana ni babah, nak gi rumah tok ke?"... "tak.. kita nak gi main snow"... "ooooo", jawab kakak walaupun dia tgh blur masa tu... hehehe....


Sampai je, lepas bayar tiket dalam RM55, terus masuk dalam ambil pakaian jacket sejuk. Kakak seperti biasa, dia nak color pink, kakdik pulak color biru, baby pulak color red. Belum pun masuk melangkah depan pintu rumah snow, dah terasa dah kesejukannya. Masuk je, tuhan saje yang tahu, sejuk yang teramat sangat... maklumlah... awak tak pernah gi oversea... hehehe...


Masa tu, kesian kat baby, baju sejuk yang disediakan tak muat sangat, longgar ckit.... Nak tak nak kene beli extra protection utk diorang. Nasib baik ada jual glove, topi dengan skaf kat dalam tu... Tangan aku ni, nak tekan shutter kamera pun dah kejang sebab sejuk sangat. Kami tak lama sangat dalam tu, dalam lebih kurang 15 minit kami beredar keluar dari rumah snow tu... Kakak dengan kak adik gembira takyah cakap.... " babah-babah... nanti kita gi lagi snow"... aku hanya mengangguk je.... hehehe....

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket



Keluar je dari i-ct... kitorang singgah makan Pizza... mama yang belanje... hehehe....


Senior Photographer: Khairul Faizin
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

Photographer Perkahwinan, Official Photographer Dira & Helmi, Jurugambar Kahwin, Jurufoto, Photographer, Malaysia, Photographer KL, Photographer Selangor, Bridal, Selebriti, Portraiture, fotokahwin

No comments:

Post a Comment