Tuesday 26 June 2012

.: TEASER lagi.... EDISI CINCIN + Pengantin :.

Salam, bulan Jun hampir menutup tirai. Setiap minggu dari siang bawak kemalam. Dari harini bawak keesok dan seterusnya sehingalah bermulanya Ramadhan, baru aku berhenti shoot untuk seketika... Alhamdulillah.... Akan tetapi, tugas aku belum selesai lagi, InsyaAllah bulan Ramadhan aku nak setelkan kesemua album pengantin supaya diorang boleh beraya dengan album kahwin... hehehe.....

Entry kali ni boleh dikatakan teaser la juga sebab kalau aku nak upload semua pengantin bulan ni memang tak larat jawabnya sebab sekarang ni bila waktu terluang weekdays aku buat editing album. Nak hadap blog ni kene bila ada waktu free. Masalahnya, memang tak free la jawabnya nak upload bulan ni.... huhuhu... 


Walaubagaimanapun, aku curik masa sikit upload gambar cincin + pengantin pun jadilah, daripada takde... hahahaha... Kali ni aku buat kelainan sedikit untuk pic ring ni. Takdelah asyik benda yang sama je, atas bunga la, atas mainan la dan macam lagi. Yang ni lain macam sikit sebab aku ada tambah prop air, nasik dan akan datang aku nak try api.... lalalala.... Oklah, aku berenti dylu, nak sambung edit album..... zaaasssss......


Photobucket http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ Photobucket http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/



Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

Friday 22 June 2012

.: Azreen + Khairul: WANGSA MAJU, Key Ell :.

Huh, kali ni aku upload lagi siri yang berikutnya. Masa tgh upload ni aku tengah tunggu bini aku check up. Maklumlah, kalau diizinkanNya, InsyaAllah bulan puasa ni keluar la Faizin Jr. IV.... hehehe....

Alhamdulillah, mungkin job sekarang bertambah sebab rezeki baby.... :D Jadi, aku kenelah kerja kuat. Banyak perkara yang harus aku selesaikan. Dan paling tidak lupa kepada team KFP, tanpa korang kita sebagai team takkan mampu sampai ketahap ini

Ayeen atau lebih dikenali sebagai Azreen memang sangat-sangat peramah. Aku memang sangat suka kalau pengantin peramah macam ni, senang bekerjasama. Cuma Khairul je yang malu-malu kucing, maklumlah Navy la katakan, kenela macho... hahaha.... Tapi bila dah kenal sejam dua, dia pun tak kalah juga.... :D


Dah lama aku tak shoot kat KTM, kitorang hampir kene halau dengan guard kat situ. Tapi pujuk punya pujuk dapat juga shoot kat situ. Dan aku sangat berpuas hati, dapat juga publish ole-ole yang best untuk korang semua.

Zaaasss.....

http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/



Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin KFP

Assist: Steven KFP, Faghis Stormrider KFP
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

Wednesday 20 June 2012

.: Nadia + Hafez, YONG PENG, Johor :.

Yong Peng, pertama kali aku jejak kaki kesini. Sudah lama aku tak shoot di kawasan pekan kecil. Rasanya dah lebih setahun kot... huhuhu....

Nadia dan Hafez adalah pasangan pendidik. Sebab ape? Sebab mereka ni ialah guru sekolah... Perkenalan mereka bermula di sebuah portal web DevianArt. Masing-masing mempunyai minat yang sama. Mereka ni memang suka karakter Superman, Wonderwoman, Star Wars... nasib baik baju pengantin diorang tak pakai costum adiwira yang mereka suka. Kalau tak haru biru jadinya.... hahahaha

Apepun, tahniah diucapkan kepada mereka, semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat. Nanti kalau korang dapat baby, aku hadiahkan baju superman kat baby korang. Kalau dapat boy lah.... hehehehe......

 Zaaasss.....


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket



Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin KFP

Assist: YusFarizal KFP
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

Saturday 9 June 2012

.: TEASER: Wedding musim cuti sekolah :.

Salam...maaf semua, bulan ni aku dan team sangat sibuk. Maklumlah, bulan Jun ni memang bulan orang dirikan masjid... hehehe.

Mana-mana tempat, lalu sini je ada kenduri kahwin, jalan depan sikit pun ada kenduri kahwin.... huh... sampai jalan pun jadi sesak dibuatnya. Apepun, aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada seluruh rakyat Malaysia. Dan tak lupa juga aku nak ucapkan selamat menembak kepada semua photographer yang sedang menjalankan tugas.... hehehe.... masyuuukkkk.....


Seperti aku, pastinya korang semua (photographer) tak sabar nak upload 'ole-ole' korang semua. Kalau ikutkan memang nak je aku upload semua pengantin yang aku dan team shoot sekarang, tapi apakan daya, aku terpaksa 'peramkan' dulu gambar pengantin.... huhuhu... Ini kerana boleh dikatakan setiap minggu tak menang tangan dibuatnya. Ada pulak yang tinggal lagi seminggu nak kahwin pun sempat booking kami.... perrghhh... Nasib baik team aku cukup orang nak shoot.


So, buat masa ni aku lampirkan 2 keping gambar terlebih dahulu untuk mengubat rindu... haih... Ok guys, c u ols 4 the next entry ok..... Zaaaasssss.........
Photobucket
Nadia+Yusril - Yong Peng, Johor
Photobucket
Azreen+Khairul - Wangsa Maju, Kuala Lumpur



Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

Tuesday 1 May 2012

.: Zeha + Faizal: KLANG :.

Selamat Hari Buruh kepada semua rakyat Malaysia.... Boring betul duduk rumah, tapi cuti yang aku apply, aku manfaatkan membuat urusan lain seperti bayar bank, LHDN, dan sebagainya... sambil itu juga, aku ada photoshoot nikah dengan pengantin baru iaitu Zeha & Faizal...

Pagi tu, mcm biasa lepas solat Subuh, tido kejap sebab petang tu aku nak shoot event nikah pasangan ni... Dan aku bangun balik lebih kurang pukul 9.30 pagi, maklumlah, penat buat editing malam tadi ..... Aku pun turun tingkat bawah rumah aku sambil carik hanpone aku yang tertinggal tingkat bawah rumah.... Aku belek2, sekali ada sms dengan ada 2 miss call.... Sms tu berbunyi lebih kurang mcm ni "Khairul, sempat ke datang", sambil tersenyum aku balas mesej tu, "Awak nikah pukul 3 ptg kan?".... Tak lama lepas tu, Zeha call aku, "Khairul, Zeha nak nikah dah ni lebih kurang pukul 10 pagi ke 11 pagi...",....................

Aku rasa korang tahu tindakan aku selanjutnya, dengan pantas aku mandi, bersiap dan terus tanpa buang masa aku start kereta dan pecut ke masjid yang akan melansungkan pernikahan Zeha dan Faizal. Alhamdulillah, aku masih sempat lagi sampai, mereka dah nak standby nak menikah. Moral of the story, check jadual betul2... tapi aku ada sebab kenapa jadi mcm ni, nanti aku update balik sebab apa aku tersilap masa event.....

 Zaaasss.....


http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/



Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

Sunday 22 April 2012

.: Celebrating Kelvin & Pei San: Putrajaya :.

Salam dan selamat sejahtera.... Kalau korang ingat, aku pernah shoot couple ni sebelum ni pada majlis makan malam mereka beberapabulan yang lalu.


Cuma kali ni, aku dan rakan2 berkesempatan shoot untuk post wedding mereka di Putrajaya Sabtu lalu. Kelvin & Pei San mcm biasa mmg senang bekerjasama dengan mereka. Akan tetapi, yang menyedihkan aku ialah kami tak dapat meneruskan sesi shoot untuk wedding dress disebabkan oleh masalah fitting. Baju tersebut dibawa dari Singapore, so mmg jawabnya next time la dapat shoot mereka pakai wedding dress... huhuhu....


Apapun, akan datang aku harap dapat shoot mereka pakai wedding dress... Special thanks to David, & Putri yang datang dari Indonesia. Walaupun dapat jumpa korang sekejap, aku dapat banyak pelajaran berguna dari korang. Dan tak lupa juga kepada Steven, rakan karib Kelvin yang sama2 dengan aku shoot couples ni..... Zaaasss.....


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket



Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin

With: Steven, David & Putri
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599