Tuesday, 1 May 2012

.: Zeha + Faizal: KLANG :.

Selamat Hari Buruh kepada semua rakyat Malaysia.... Boring betul duduk rumah, tapi cuti yang aku apply, aku manfaatkan membuat urusan lain seperti bayar bank, LHDN, dan sebagainya... sambil itu juga, aku ada photoshoot nikah dengan pengantin baru iaitu Zeha & Faizal...

Pagi tu, mcm biasa lepas solat Subuh, tido kejap sebab petang tu aku nak shoot event nikah pasangan ni... Dan aku bangun balik lebih kurang pukul 9.30 pagi, maklumlah, penat buat editing malam tadi ..... Aku pun turun tingkat bawah rumah aku sambil carik hanpone aku yang tertinggal tingkat bawah rumah.... Aku belek2, sekali ada sms dengan ada 2 miss call.... Sms tu berbunyi lebih kurang mcm ni "Khairul, sempat ke datang", sambil tersenyum aku balas mesej tu, "Awak nikah pukul 3 ptg kan?".... Tak lama lepas tu, Zeha call aku, "Khairul, Zeha nak nikah dah ni lebih kurang pukul 10 pagi ke 11 pagi...",....................

Aku rasa korang tahu tindakan aku selanjutnya, dengan pantas aku mandi, bersiap dan terus tanpa buang masa aku start kereta dan pecut ke masjid yang akan melansungkan pernikahan Zeha dan Faizal. Alhamdulillah, aku masih sempat lagi sampai, mereka dah nak standby nak menikah. Moral of the story, check jadual betul2... tapi aku ada sebab kenapa jadi mcm ni, nanti aku update balik sebab apa aku tersilap masa event.....

 Zaaasss.....


http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/ http://khairulfaizinphotographic.blogspot.com/



Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

No comments:

Post a Comment