Wednesday 26 October 2011

.: Hijjas + Fae Pregnant :.

Salam dan selamat menyambut Deepavali bagi yang beragama Hindu.... entry kali ni agak berbeza dengan yang sebelum ni. Kira ni 1st time aku shoot untuk pasangan yg pregnant... hehehe... 

Hijjas dan Faezah adalah pasangan yang aku shoot untuk majlis resepsi mereka di Kelantan dan Putrajaya tidak lama dahulu. Kira-kira minggu yang sama aku dapat panggilan dari Hijjas mintak aku shoot untuk mereka. Bila dengar je shoot untuk wife dia yang sedang pregnant, terus aku setuju... teruja sangat.... 

Photobucket

Lokasi kami bermula di sebuah tempat lapang yang tak jauh dari rumah aku.... Pukul 12.30 tengah hari, waktu tu cuaca sangat baik disusuli dengan hati aku yang berbunga. Awal pagi lagi aku dah bersiap memuatkan segala prop yang ada kedalam kereta comelku.... Tapi apakan daya, aku ingat bolehlah bawak banyak benda, tapi cukuplah sekadar 3 prop utama.... kalaulah MyVi aku sebesar Toyota Vellfire, kan best....... ehehehe....

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Dengan kudrat yang ada, kami memulakan sesi photoshoot. Entah macam mana, setelah hampir 15 minit photoshoot bermula, dengan tiba-tiba air hujan mula turun. Apalagi, kelam-kabut aku dibuatnya, nasib baik Hijjas dan assist aku Ahmad Wacken dapat menolong angkat masukkan balik prop dalam kereta, kalau tak habis barang-barang prop aku basah kuyup... huhuhu.... Kami pun berehat kejap, start enjin kereta, terus meluncur ke McDonald's berdekatan... 20 minit berlalu, hujan yang turun tanpa warning tadi pun berhenti, cuma kitorang je yang tak berenti makan sambil borak... 

Kami datang balik ke lokasi tadi, kali ni aku turunkan satu je prop (kerusi tangan purple). Taknak dah aku bawak yg 2 prop tadi, letih nak bawak masuk ke dalam. Shot punya shot, dari jauh dah nampak kelibat awan hitam datang kearah kami. Kali ni takpe, dia bagi warning awal2, kami pun bersiap dan photoshoot haritu berenti setakat tu... Masuk je kereta, kami pun bawak haluan memasing, tak sampai 100 meter memandu, hujan pun turun dengan lebat-selebatnya. Lebih lebat berbanding yang mula-mula tadi. Sampai rumah, ingat boleh la rileks. Rupa-rupanya aku lupa bawak kunci. Padan muka aku dapat mandi hujan lebat kejap masa tu.... huhuhu.....

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Akhir sekali, aku nak ucapkan semoga baby yang bakal lahir nanti jadi anak yang soleh. Tahniah kepada pasangan Hijjas & Faezah.

Senior Photographer: Khairul Faizin
Assist: Ahmad Wacken
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

Sunday 23 October 2011

.: Bestnya jalan-jalan :.

Salam sejahtera... rasanya sudah sekian lama saya menyepi. Ini adalah blog terbaru saya yang sebelumnya saya gunakan fotopages sebagai medium galeri saya untuk menyampaikan karya. Bermula pada tahun 2007 sehinggalah sekarang, saya masih lagi mengukir cahaya dengan cara saya tersendiri. Dalam tempoh tersebut, banyak perkara baik dan buruk mengajar saya dalam dunia fotografi. Ada yang suka, ada yang gembira, ada yang menghargai ada yang marah dengan saya dan ada juga yg membenci. Kepada yang suka dengan khidmat saya, saya amat hargai dan terima kasih kepada anda. Kepada yang sebaliknya pula, saya mohon jutaan ampun dan maaf, saya manusia biasa yg tak lepas dari kesilapan.

Photobucket

Okeh.... taknak sedey2... InsyaAllah tahun 2012 nanti saya nak buat pembaharuan sedikit. Kalau diizinkanNya, InsyaAllah moga menjadi. Lama web saya www.khairulfaizin.com dah lama berkubur disebabkan masalah yg tak dapat dielakkan. Kalau tiada aral, saya akan wujudkan laman web saya yang baru awal tahun hadapan.


Berbalik kepada entry saya kali ni, pada hari Sabtu baru-baru ni saya baru sahaja balik dari majlis perkahwinan rakan iaitu Nur Hidayah dan pasangannya, Sahrin. Lepas majlis, saya dan isteri bawa anak-anak berjalan. Lama betul tak bawak diorang berjalan. Cian kat Fatinee, Aneesa dan Ammar, lama babah tak bawak gi jenjalan dan kebetulan babah bawak kamera. Macam biasalah, kakak dgn kak adik memang suka bergambar. Dan yg paling menggembirakan babah dan mama, Ammar pun suka pose depan kamera. Cuteee sangat bila tengok amar senyum. Oklah, sampai setakat ni dulu, jumpa lagi untuk entry yang akan datang....Zaassssss.......

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

Wednesday 19 October 2011

.: Aqiqah: Andrian :.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin
2nd Photographer: Azry
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599

Thursday 6 October 2011

.: Esther & Robert - Tasik Titiwangsa :.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket

Senior Photographer: Khairul Faizin
2nd Photographer: Azli, Sopex, Hisham
Email: khairulfaizinphotographic@yahoo.com
Phone: +6012 3707 599